"2011+ PERKAHWINAN+KELAHIRAN DLL"



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

TAHUN 2011 ini memang ramai yang menantikan kehadirannya, pasti anda mahu pun seluruh pelusuk dunia sudah membuat perancangan untuk menghadapi tahun 2011. Ramai yang mengatakan tahun 2011 ini adalah tahun yang bertuah. Hanya berbekalkan nombor sebelas(11) dibelakang dua puluh(20) ramai yang sudah menganggap tahun 2011 adalah tahun yang "ong" bak kate orang cina.

PERANCANGAN yang saya maksudkan ialah seperti perkawinan,kelahiran dan banyak lagi yang dimana semua ini pasti ada dalam senarai anda untuk menghadapi 2011. Tidak melepaskan peluang juga, para pelajar juga pasti memenuhi diri dan jiwa meraka dengan AZAM.

PERKAHWINAN pada tahun ini pasti meriah kerana di buat pada awal tahun 2011 yang dimana kehangatan 2011 ini masih lagi terasa. Semestinya anda yang ingin berkahwin ada yang menetapkan tarikh perkahwinan pada "1.1.2011" dan "11.1.2011".

KELAHIRAN pula, pasti ramai yang tak sabar bergelar atuk,nenek,pak cik dan mak cik sedang menanti kelahiran cahaya mata walaupun yang sepatutnya "excited" bapak dan mak "baby" tu bukan anda. Dan ada diantara anda yang menanti kelahiran cahaya mata sudah tentu mengharapkan kelahiran cahaya mata anda bukan sahaja "perfect" tetapi pasti didalam lubuk hati anda mengharapkan tarikh lahir anak anda "nice" iaitu kena pada tarikh seperti "1.1.2011" atau "11.1.2011".(dah macam tarikh perkahwinan pulakkan)

AKHIR kata, walau apa pun perancangan dan azam anda, perlulah di ingatkan bahawa "perancangan tanpa azam adalah mimpi semata" dan "azam tanpa perancangan akan menjadi ilusi sahaja".

WASSALAM



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: